Isnin, 12 Disember 2011

Daun
Murid-murid tahukah anda, dedaun juga boleh digunakan untuk membuat lukisan?Marilah kita bersedia untuk menggunakan dedaun untuk membuat lukisan.








Ahad, 11 Disember 2011

Hati saya akan sayang kepada sesiapa
 yang sayang saya






Seni kertas:





Marilah menjalankan pembelajaran hari ini:


Bahan-bahan: 
bijilin, gam(UHU),pensel & kertas lukisan.
Langkah-langkah:
  1. Lukiskan gambar yang sukai dengan menggunakan pensel pada kertas lukisan.
  2. Tambalkan UHU pada bahagian lukisan bahagian demi bahagian.

HASIL KERJA MURID TAHUN 4

HASIL MURID TAHUN 5

Jumaat, 9 Disember 2011


Anyaman

Definisi:
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.




Rabu, 7 Disember 2011

Ukiran



Hasil karya daripada Cikgu Olivia

Hasil Karya daripada Cikgu Olivia 






Selasa, 6 Disember 2011

Tembikar :



Sediakan bahan-bahan: tebung, air, garam dan minyak.
Campurkan bersama menjadikan gantian tanah liat.



 Hasil daripada murid:






Topeng muka:



Marilah kita berlakon!


Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti : Topeng muka
Tema : Alam semula jadi
Tajuk : Muka Haiwan
Masa : 60 minit
Jenis media : Alat : gunting
                       Bahan : Pensel warna atau oil poster, kad manila, 
                                     gam, benang, gelang getah atau tali.
Langkah-langkah :

  1. Lukis rupa haiwan.
  2. Gunting permukaan kad manila untuk mendapatkan rupa haiwan.
  3. Mewarna dan manampal bahan yang diperlukan bagi menghias rupa topeng tersebut.
  4. Tebuk lubang pada bahagian tepi kiri dan kanan untuk memasukkan tali atau gelang getah.




Stabail :

Yakinkan diri anda, pasti anda berjaya!
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti : Stabail
Tema : Objek buatan manusia
Tajuk : Bunga
Masa : 60 minit
Jenis media : Alat : Gunting
                       Bahan : Pensel warna, kad manila, gam, straw 
                                      atau ranting kayu, plastisin, botol plastik 
                                      dan gambar daripada majalah.
Langkah-langkah : 

  1. Gunting beberapa keping gambar bunga daripada majalah.
  2. Tampal gambar bunga tadi pada kad manila dan gunting bentuk bunga tersebut.
  3. Potong botol plastik dan ambil bahagian bawah sebagai tapak.
  4. Masukkan plastisin ke dalam keratan botol plastik dan pacakkan straw pada plastisin.
  5. Letakkan gambar menggunakan gam UHU pada penyedut minuman.  





Muri-murid pilihlah bentuk-bentuk yang ingin kamu buat, dan sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. 
Cubalah ! Pasti kamu berjaya!

Isnin, 5 Disember 2011

Tiupan :

Tiup ! tiup! tiup!
Bidang : Membuat corak dan rekaan
Aktiviti: Tiupan
Tema : Alam semula jadi
Tajuk : Hiasan bingkai Gambar
Masa : 60 minit
Media : Alat : Surat khabar, gunting, berus lukisan, palet dan  
                         straw.
               Bahan : Kertas lukisan, gam, warna poster.
Langkah-langkah :

  1. Membancuh warna di dalam palet.
  2. Ambil warna menggunakan straw atau berus titisan di atas kertas lukisan.
  3. Tiup warna menggunakan straw ke pelbagai arah.
  4. Menggunakan pelbagai warna untuk mendapatkan kesan corok tiupan yang menarik.


Lipatan dan Guntingan:


Mari buat bersama-sama:
Bidang : Membuat corak dan rekaan
Aktiviti : Lipatan dan guntingan
Tema : Objek buatan manusia
Tajuk :Hiasan dinding
Jenis-jenis media : Alat : Gunting dan pensel
                                 Bahan : kertas lukisan, kertas warna dan 
                                               gam.
Langkah-langkah: 

  1. Melibat dan melakar motif pada kertas warna.
  2. Gunting mengikut lakaran motif.
  3. Sapukan gam pada bahagian belakang kertas warna yang telah digunting dan tampalkan pada kertas yang berbeza warna. 





Hasil karya murid

Hasil karya murid


Ahad, 4 Disember 2011

Resis:




Mari kita belajar bersama:
Bidang : Mengambar
Aktiviti : Resis
Tajuk: Bunga raya
masa : 60 minit
Jenis : Alat : Berus lukisan dan palet.
            Bahan : Kertas lukisan lilin atau oil pastel dan warna 
                           berasaskan air.
Langkah-langkah : 

  1. Melukis gambar bunga raya dengan menggunakan lilin atau oil paster.
  2. Mewarnakan dengan warna berasaskan air.

Hasil Karya anak murid Tahun 5

Hasil karya murid tahun 4
Cetakan:



Mari cuba bersama:
Bidang : Menbuat corak dan rekaan
Aktiviti : Cetakan
Tema : Alam semulajadi
Tajuk : Corak pembalut hadiah
Masa : 60 minit
Media : Alat : Bongkah kayu, tali parcel, berus lukisan, palet 
                         dan surat khabar.
               Bahan : Gam, UHU, kertas lukisan dan warna poster.
Langkah-langkah:

  1. Melukis motif flora pada bongkah.
  2. Lekatkan tali parcel menggunakan gam UHU dan biarkan kering.
  3. Mewarna permukaan blok cetak dan mencetak pada permukaan kertas lukisan dengan susunan motif mengikut kreativiti murid.
  4. Ulangi langkah di atas dengan menggunakan warna yang berbeza.
* Hasil corak cetakan yang boleh dijadikan hiasan pada rekaan  
   lain seperti kad ucapan, pembalut buku dan hiasan bingkai 
   gambar.